pengumuman

Sebarang tempahan @ info terbaru

sila ke fb SweetWiduri HomeMade



Monday, May 30, 2011

Muffin pisang

Pulang dari mengambil anak dari kelas tambahan.. teringin pula lunch bersama Cik Suami... Lama betul tak makan sup belut... pulang dari lunch terlihat gerai buah yang menjual pisang.... apa lagi stop jer lah kereta.. beli pisang...


Sampai rumah.. belek buku saji... cari-cari jumpalah muffin pisang... apa lagi... tepat pukul 3 petang.. masuk dapur.. mulalah operasi dapur berasap... MUFFIN PISANG..


Bahan-bahannya
Bahan A
225gm mentega
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur
1 cawan pisang yang dilecek


Bahan B
13/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam
1/3 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanila


Cara-caranya
Putar kesemua bahan A hingga kembang dan berkrim.
Masukkan  telur satu persatu, sebatikan dan masukkan pisang.
Masukkan bahan B berselang seli dengan susu segar. Gaul rata.
Sudukan adunan ke dalam cawan kertas. Bakar pada suhu 1500C selama 15-20 minit.


Inilah hasilnya.............



Komen Cik Suami : Teksturnya lembut. rasanya sedap tak manis....
Komenku: Alhamdulillah, semua muffin dalam pinggan di atas telah dihabiskan oleh cik suami...........

No comments:

Post a Comment

Blogaholic Designs”=