pengumuman

Sebarang tempahan @ info terbaru

sila ke fb SweetWiduri HomeMade



Tuesday, June 7, 2011

Char kuetiaw

Melayari internet mencari resipi char kuetiaw....  Mat Gebu dr Dapur Tanpa sempadan www.tiffinbiru.com/ )menjadi pilihan.. ini adalah antara blog masakan pilihanku... Bila dah jumpa resipinya terus di copy dan paste... minta izin yer Cik Mat Gebu... namun begitu aku tambah sikit bahannya iaitu Tauhu kering...dan aku tak guna daging.. kugantikan dengan ayam dan ku hanya gunakan bawang putih jer..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 mangkuk kue teow 
1 biji telur, dipukul sedikit
5 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 keping fishcake, hiris
3 ketul tauhu kering  dihiris
1 keping dada ayam yang dihiris nipis
7 pokok kuchai, cuci dan kerat2
2 camca besar kicap manis
2 camca besar sos tiram
1 mangkuk taugeh
Sos ikan secukup rasa
kerang sukatannya ikut suka lagi banyak lagi sedap...


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis  bawang putih hingga harum,Masukkan ayam dan kerang, kacau rata. Jika perlu tuang sedikit air  Masukkan kicap manis dan sos tiram, kacau dan tambah kue teow. Kacau rata.
  2. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur, dan bila telur sedikit mengeras n kacau rata dan gaul dengan kue teow. Renjis dengan sos ikan secukup rasa. Masukkan kuchai, fish kek, tauhu kering dan gaul.
  3. Akhir sekali tambah taugeh tadi, gaul pantas dan matikan api. Gunakan api besar masa menggoreng. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama cili jeruk atau sos cili..

Taraaa.........Inilah char kue teawku.... untuk breakfast....

No comments:

Post a Comment

Blogaholic Designs”=