pengumuman

Sebarang tempahan @ info terbaru

sila ke fb SweetWiduri HomeMade



Monday, May 30, 2011

Muffin pisang

Pulang dari mengambil anak dari kelas tambahan.. teringin pula lunch bersama Cik Suami... Lama betul tak makan sup belut... pulang dari lunch terlihat gerai buah yang menjual pisang.... apa lagi stop jer lah kereta.. beli pisang...


Sampai rumah.. belek buku saji... cari-cari jumpalah muffin pisang... apa lagi... tepat pukul 3 petang.. masuk dapur.. mulalah operasi dapur berasap... MUFFIN PISANG..


Bahan-bahannya
Bahan A
225gm mentega
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur
1 cawan pisang yang dilecek


Bahan B
13/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam
1/3 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanila


Cara-caranya
Putar kesemua bahan A hingga kembang dan berkrim.
Masukkan  telur satu persatu, sebatikan dan masukkan pisang.
Masukkan bahan B berselang seli dengan susu segar. Gaul rata.
Sudukan adunan ke dalam cawan kertas. Bakar pada suhu 1500C selama 15-20 minit.


Inilah hasilnya.............



Komen Cik Suami : Teksturnya lembut. rasanya sedap tak manis....
Komenku: Alhamdulillah, semua muffin dalam pinggan di atas telah dihabiskan oleh cik suami...........

Sunday, May 29, 2011

Kuih cara

Teringin nak makan kuih cara... lama dah tak merasa kuih ni... semalam kerumah mak mertua, sambil-sambil promosi apam gula hangusku sekaligus acara membodek mertua... hehehehe... Saja lah kot-kot dapat title menantu mithali... dah ke rumah mertua tu sempatlah aku ambik daun pandan 4,5 helai.. cadangnya nak buat muffin pandan.. tapi terlupa pulak nak beli bahan-bahannya.. so aku tukarkan dengan kuih cara......

resipi kuih cara........

100 gm tepung gandum
200ml susu segar
1 biji telur
sed garam
3@4 helai daun pandan (jika tak ada boleh guna esen pandan)
gula

Cara membuatnya

Campurkan tepung, susu segar, telur dan garam. Kacau rata. 
Kemudian masukkan jus pandan @ (esen pandan +pewarna hijau sedikit. 
Kemudian blend untuk mendapatkan batter yang cantik.... (elak dr berketul)
Jika terlalu berketul, tapis.
Panaskan acuan kuih cara lengser minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 
1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.

*** Susu segar boleh digantikan dengan santan.

Hasilnya.............
Komen Cik Suami: ok.. lagi best kalau inti daging.... 
Komenku; Nanti kita beli daging kita buat lagi...........

Saturday, May 28, 2011

Apam gula hangus

Tak tau nak masak apa untuk minum petang ni.... belek-belek buku resipi... terpandang apam gula hangus.... ishk... best jugak ni.. lama dah tak makan... resipi pemberian kawan lama.. pernah makan hasil tangannya.. sedap jugak.. sementara menunggu cik suami pulang dari exam sempatlah aku membakekannya.... hehehe....


Bahan-bahan 
2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara

1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.




Tuesday, May 17, 2011

Pulut Durian

Hari ni cuti hari Wesak... teringin plk nk makan pulut durian.. cakap kat Cik Suami senyum jer.. maklumlah dia pun lama dah tak makan pulut durian... so... jom kita makan pulut durian.....


Bahan-bahan
2 cawan beras pulut (di rendam lebih kurang 2 jam)
1 cawan pati santan 
1 cawan air
2-3 helai daun pandan
Garam
Gula @ gula melaka yang dicairkan
Buah durian

Cara-caranya:
Tos beras pulut yg direndam, kemudian kukus sehingga masak.
 Masak santan bersama air, daun pandan dan garam  sehingga mendidih. 

Cara nk makan: 
  1. Pulut di gaul dengan santan, isi durian dan sedikit gula.

Pulut durian yang siap untuk di makan... jangan lupa tambah santan, nk sedap lagi tambahkan sedikit gula melaka yang dah dicairkan...
 Silakan.....silakan.... jemput makan .. jangan malu-malu...



Saturday, May 7, 2011

Laksa Johor

Resipi Laksa Johor ini diambil dari forum Restoran Pak Amir... pernah cuba Raya haji tahun lepas....
Teman-teman boleh lah cuba resipi ni.


bahan utama
1 atau 2 pek speghetti - rebus spt arahan di pek

rebus dan kisar (jgn buang air rebusan)
1 kg ikan kembung putih (ikan parang sweeter la walau banyak tulang but expensive)
250 gm udang putih yang kecil2 tu... (yg ni option jer tp kalau bubuh lg sedap)
100 gm ikan bilis basah (option jugak, jarang bubuh sebab susah dapat boleh abaikan)

bahan kisar
15 butir bawang merah (lebih pun sodap)
10 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit (pakai serbuk pun boleh)
8 batang serai - dihiris
1 inci lengkuas
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih (halus)
sedikit udang kering
belacan
1 senduk cili kisar
minyak untuk menumis

bahan lain
2 sudu besar kerisik
250 gm santan pati (beli terus kat pasar RM1)
asam keping garam secukup rasa
serbuk perasa secukup rasa (tak suka boleh diganti ngan sedikit gula)

untuk ulam/hiasan
daun selasih/daun kesum - hiris nipis
bunga kantan - hiris nipis
kacang panjang - potong kecil
taugeh
timun - buang empulur dan hiris nipis
asam limau
bawang besar - belah dua dan dimayang
lobak masin - dicincang
sambal belacan (kisar cili merah + belacan)

Cara membuat kuah
1.      Panaskan minyak di dalam periok. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau harumnya.
2.      Masukkan santan dan ikan yang telah dikisar bersama airnya. Tambah air kalau terlalu pekat. Masukkan sekali asam keping. Biar hingga mendidih.  Sesekali kacau supaya tak berkerak di dasar periuk.
3.      Bila dah menggelegak, masukkan kerisik, garam dan serbuk perasa /gula.  Kalau kurang rasa masam boleh tambah asam keping lagi. Kecilkan api sedikit tapi tidak terlalu kecil.  Biarkan mendidih selama 1/2 jam lagi supaya bahan kuah jadi mesra dan pekat.
4.      Siap untuk dihidang.

Kaedah menghidang
1.  Masukkan speghetti ke dalam pinggan.  Sendukkan sedikit kuah.
2.  Taburkan bahan ulam/hiasan tadi.
3.  Bubuhkan sambal belacan dan perahkan asam limau.





Jom makan.....





Tuesday, May 3, 2011

Mi Kungfu / Mi Kantonis

I panggil mi kungfu tapi fren I panggil mi kantonis. Mana-manalah... lama dok cari resipi ni..last-last jumpa tapi lupa pulak kat mana!!!!  Ni lah resipinya.... macam senang jer.... nak cuba main masak-masak petang ni.... nanti I post fotonya.....
  
Bahan A : 
500 gm mee kuning 
5 biji telur [ dipukul] 

Bahan B : 
100 gm udang basah [buangkan kulit] 
150 gm ayam [dihiris] 
1 biji panjang fish cake [potong nipis] 
3 ulas bawang putih [dicincang] 
100 gm brokoli [dipotong] 
100 gm bunga kobis [dipotong] 
100 gm carrot [potong kecil dan panjang] 
5 tangkai baby corn 
2 sudu besar minyak masak 
2 s/b tepung jagung ] 
1 cawan air ] bancuhkan 
1 cawan air rebusan ayam 
2 s/b sos tiram 
1 s/b lada sulah 
garam 
minyak 

Cara nak buatnya:1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit hingga agak garing. Ketepikan. 
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake. 
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot. 
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel. 
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau. 
6. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.




yummy......

Monday, May 2, 2011

Menghilangkan batuk

Agaknya cuaca yang tak menentu menyebabkan ramai pula anak didikku demam dan batuk....
Disini ada satu petua untuk menghilangkan batuk dan sakit tekak.........

Ambil satu sudu besar asam jawa, sedikit gula dan bancuh bersama air panas..
Bila dah suam, minum air asam secara perlahan-lahan. Lakukan dua kali sehari.
Insyaallah batuk dan sakit tekak akan sembuh.

Hari pertama.....

Hari ni hari pertama aku berbicara dalam blog baruku...dapur sweet widuri....waa... blog masakanku...

Nak beritahu.. aku adakan blog ni bukannya sebab  aku rajin memasak..
tapi...tang cari resipi yang paling rajin.....hehehehe..... 
belek buku resipi berjam-jam.. tp masak yang sama jer... 
tak per....sekurang-kurangnya aura masakan dah ada..... 

Kat bawah ini antara idolaku bab masak memasak....
1. Kak Liza ...... dah berapa tahun mengikuti perkembangan dunia masakannya.... dan dah banyak resipinya yang telah ku cuba... cuma bukunya sajer  yang aku belum beli... ishk.....teruknya aku....
2. mamafami.... aku tak kenal empunya blog tersebut...tapi aku suka semua resipinya... memang menjadi.... dan sedap-sedap belaka.....
3. Mat gebu...... aku xtaulah dia ni lelaki ke perempuan..... masakannya pun best..terbaru resipinya aku cuba Kuetiaw kerang.... mmmm.... sedapppp....liciinnn...
3. Rozzan.... pun best... resipi keknya memang menjadi......

Selain tiga chef kat atas, ada ramai lagi rakan-rakan masak-masak yang terdapat dlm internet ni yang aku dah cuba resipinya.....

Restoran Pak Amir...... kenapa dah tak aktif...  kemana agaknya menghilang ahli-ahli Restoran Pak Amir.................  banyak resipinya yang dah aku cuba terutama biskut....

Memandangkan banyak resipi yang dah dicuba.....so.... aku nak berjinak-jinak pulak dlm bab menulis yang berkaitan dengan  masakan dan kesihatan..... aku nk share apa-apa ajer resipi yang pernah aku cuba... dan yang pastinya sedap hingga menjilat jari....

Sekurang-kurangnya ada jugak kerja yang dapat ku buat selepas tamat belajar..... 
Semoga  dapat  manfaatkan blog ini untuk semua......
Retro Redhead Woman Talking clipart
Blogaholic Designs”=