pengumuman

Sebarang tempahan @ info terbaru

sila ke fb SweetWiduri HomeMade



Sunday, May 29, 2011

Kuih cara

Teringin nak makan kuih cara... lama dah tak merasa kuih ni... semalam kerumah mak mertua, sambil-sambil promosi apam gula hangusku sekaligus acara membodek mertua... hehehehe... Saja lah kot-kot dapat title menantu mithali... dah ke rumah mertua tu sempatlah aku ambik daun pandan 4,5 helai.. cadangnya nak buat muffin pandan.. tapi terlupa pulak nak beli bahan-bahannya.. so aku tukarkan dengan kuih cara......

resipi kuih cara........

100 gm tepung gandum
200ml susu segar
1 biji telur
sed garam
3@4 helai daun pandan (jika tak ada boleh guna esen pandan)
gula

Cara membuatnya

Campurkan tepung, susu segar, telur dan garam. Kacau rata. 
Kemudian masukkan jus pandan @ (esen pandan +pewarna hijau sedikit. 
Kemudian blend untuk mendapatkan batter yang cantik.... (elak dr berketul)
Jika terlalu berketul, tapis.
Panaskan acuan kuih cara lengser minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 
1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.

*** Susu segar boleh digantikan dengan santan.

Hasilnya.............
Komen Cik Suami: ok.. lagi best kalau inti daging.... 
Komenku; Nanti kita beli daging kita buat lagi...........

No comments:

Post a Comment

Blogaholic Designs”=