pengumuman

Sebarang tempahan @ info terbaru

sila ke fb SweetWiduri HomeMade



Saturday, May 28, 2011

Apam gula hangus

Tak tau nak masak apa untuk minum petang ni.... belek-belek buku resipi... terpandang apam gula hangus.... ishk... best jugak ni.. lama dah tak makan... resipi pemberian kawan lama.. pernah makan hasil tangannya.. sedap jugak.. sementara menunggu cik suami pulang dari exam sempatlah aku membakekannya.... hehehe....


Bahan-bahan 
2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara

1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.




No comments:

Post a Comment

Blogaholic Designs”=