pengumuman

Sebarang tempahan @ info terbaru

sila ke fb SweetWiduri HomeMade



Saturday, May 7, 2011

Laksa Johor

Resipi Laksa Johor ini diambil dari forum Restoran Pak Amir... pernah cuba Raya haji tahun lepas....
Teman-teman boleh lah cuba resipi ni.


bahan utama
1 atau 2 pek speghetti - rebus spt arahan di pek

rebus dan kisar (jgn buang air rebusan)
1 kg ikan kembung putih (ikan parang sweeter la walau banyak tulang but expensive)
250 gm udang putih yang kecil2 tu... (yg ni option jer tp kalau bubuh lg sedap)
100 gm ikan bilis basah (option jugak, jarang bubuh sebab susah dapat boleh abaikan)

bahan kisar
15 butir bawang merah (lebih pun sodap)
10 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit (pakai serbuk pun boleh)
8 batang serai - dihiris
1 inci lengkuas
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih (halus)
sedikit udang kering
belacan
1 senduk cili kisar
minyak untuk menumis

bahan lain
2 sudu besar kerisik
250 gm santan pati (beli terus kat pasar RM1)
asam keping garam secukup rasa
serbuk perasa secukup rasa (tak suka boleh diganti ngan sedikit gula)

untuk ulam/hiasan
daun selasih/daun kesum - hiris nipis
bunga kantan - hiris nipis
kacang panjang - potong kecil
taugeh
timun - buang empulur dan hiris nipis
asam limau
bawang besar - belah dua dan dimayang
lobak masin - dicincang
sambal belacan (kisar cili merah + belacan)

Cara membuat kuah
1.      Panaskan minyak di dalam periok. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau harumnya.
2.      Masukkan santan dan ikan yang telah dikisar bersama airnya. Tambah air kalau terlalu pekat. Masukkan sekali asam keping. Biar hingga mendidih.  Sesekali kacau supaya tak berkerak di dasar periuk.
3.      Bila dah menggelegak, masukkan kerisik, garam dan serbuk perasa /gula.  Kalau kurang rasa masam boleh tambah asam keping lagi. Kecilkan api sedikit tapi tidak terlalu kecil.  Biarkan mendidih selama 1/2 jam lagi supaya bahan kuah jadi mesra dan pekat.
4.      Siap untuk dihidang.

Kaedah menghidang
1.  Masukkan speghetti ke dalam pinggan.  Sendukkan sedikit kuah.
2.  Taburkan bahan ulam/hiasan tadi.
3.  Bubuhkan sambal belacan dan perahkan asam limau.





Jom makan.....





No comments:

Post a Comment

Blogaholic Designs”=